22 August 2014

Split Identiti

Aku rasa aku ada split identiti la. Aku suka merah dan biru. Dua warna yang panas dan sejuk. Memang berlawanan.

Satu sisi aku tak suka dengan tempat crowded, macam kenduri kawin. Lagi satu sisi aku suka pegi tempat macam chowkit, pasar malam.

Aku boleh jadi manusia yang sangat bising dan aku jugak boleh jadi manusia yang sangat pendiam. Walaupun dengan orang yang sama.

"Ni bukan split identiti"

"Habis tu? Apa?"

"Entah, aku pun tak tahu."

Masih dengan 'No Answer'.

Werkkk.

Aku Dan Dunia Kelam Ku

Adios Amigos,
Cuti panjang aku amat indah dengan ditemani sebuah laptop usang berjenama Lenovo yang masih gagah bekerja walaupun sudah berjuta kali terhempas ke lantai, serta 24hours unlimited internet dalam sebuah bilik yang aman serta damai. 

Aku memang tipikal manusia yang lebih memilih untuk bersendirian dalam bilik berbanding melepak depan tangga bersama makcik-makcik, bercerita tentang si Minah yang baru beli rantai baru mahupun cerita si Jemah yang jatuh tangga. 

Sehinggalah suatu hari Puan Emak bercadang untuk membanjirkan rumah dengan makanan, open house la tu. Aku keluar dari dunia kelam aku untuk tunjuk muka memandangkan majlis tu bukan sekadar open house. Puan Emak sekalikan dengan makan-makan sempena aku bakal sambung belajar ke Machangster.

Sekali aku keluar, adrenaline aku memancut mancut keluar. Tiba-tiba je darah gemuruh tu datang. Aku diserang dengan soalan yang bertubi-tubi, haha poyo gila

"Eh ni ke anak yang nak sambung belajar tu? Cantik orangnya. "

"Ni anak yang nombor berapa? Tak pernah nampak pun. "

"Yang ni muka ikut mak, putih nya "

Tu baru sikit. Tanpa pikir panjang, aku terus decide nak tukar baju, duduk basuh pinggan kau dapur. Aku memang kurang pandai nak bercampur dengan orang. Aku jenis manusia yang lagi rela duduk dapur basuh pinggan, berus bilik air, mop lantai, basuh jamban , cuma jangan suruh aku keluar sidai kain, keluar pegi kedai, keluar sapu sampah kat luar. Entah, aku segan lah. 

Aku pun bukan la manusia yang ala-ala gadis Melayu terakhir yang pemalu. Aku boleh je pegang mic, bagi talk. Err. Dengan kawan-kawan pun aku yang paling riuh. And I can make friends easily. Tapi kenapa ye?

No answer.