22 August 2014

Split Identiti

Aku rasa aku ada split identiti la. Aku suka merah dan biru. Dua warna yang panas dan sejuk. Memang berlawanan.

Satu sisi aku tak suka dengan tempat crowded, macam kenduri kawin. Lagi satu sisi aku suka pegi tempat macam chowkit, pasar malam.

Aku boleh jadi manusia yang sangat bising dan aku jugak boleh jadi manusia yang sangat pendiam. Walaupun dengan orang yang sama.

"Ni bukan split identiti"

"Habis tu? Apa?"

"Entah, aku pun tak tahu."

Masih dengan 'No Answer'.

Werkkk.

Aku Dan Dunia Kelam Ku

Adios Amigos,
Cuti panjang aku amat indah dengan ditemani sebuah laptop usang berjenama Lenovo yang masih gagah bekerja walaupun sudah berjuta kali terhempas ke lantai, serta 24hours unlimited internet dalam sebuah bilik yang aman serta damai. 

Aku memang tipikal manusia yang lebih memilih untuk bersendirian dalam bilik berbanding melepak depan tangga bersama makcik-makcik, bercerita tentang si Minah yang baru beli rantai baru mahupun cerita si Jemah yang jatuh tangga. 

Sehinggalah suatu hari Puan Emak bercadang untuk membanjirkan rumah dengan makanan, open house la tu. Aku keluar dari dunia kelam aku untuk tunjuk muka memandangkan majlis tu bukan sekadar open house. Puan Emak sekalikan dengan makan-makan sempena aku bakal sambung belajar ke Machangster.

Sekali aku keluar, adrenaline aku memancut mancut keluar. Tiba-tiba je darah gemuruh tu datang. Aku diserang dengan soalan yang bertubi-tubi, haha poyo gila

"Eh ni ke anak yang nak sambung belajar tu? Cantik orangnya. "

"Ni anak yang nombor berapa? Tak pernah nampak pun. "

"Yang ni muka ikut mak, putih nya "

Tu baru sikit. Tanpa pikir panjang, aku terus decide nak tukar baju, duduk basuh pinggan kau dapur. Aku memang kurang pandai nak bercampur dengan orang. Aku jenis manusia yang lagi rela duduk dapur basuh pinggan, berus bilik air, mop lantai, basuh jamban , cuma jangan suruh aku keluar sidai kain, keluar pegi kedai, keluar sapu sampah kat luar. Entah, aku segan lah. 

Aku pun bukan la manusia yang ala-ala gadis Melayu terakhir yang pemalu. Aku boleh je pegang mic, bagi talk. Err. Dengan kawan-kawan pun aku yang paling riuh. And I can make friends easily. Tapi kenapa ye?

No answer.

20 August 2014

Menjadi Manusia yang Sedih

I experience sadness nowadays. Asyik sedih je. Rasa macam aku hidup dalam kegelapan di tengah lautan Hindi, dilambung gelombang yang ganas lagi rakus. Kahh! Pegi mati. Hahaa.

Ye, aku sedih sebab aku tak dapat ape yang aku nak. Aku sedih sebab kau tercampak jauh sangat nunn di Sabah Negeri Dibawah Tanah Bayu. Puas aku menangis sebab aku tercampak kat Kelantan. Puas jugak aku menangis sebab kau disepak lalu tercampak ke Sabah. 

Apakan daya, demi segulung jenazah, eh ijazah. Terbang lah kau fefeeling perantau belajar kat oversea. Aku hantar kau dengan hati yang rela. Balik nanti jangan bawak makwe Sabah. 

Dah ada peluang belajar, rebut je. Berapa ribu orang yang nak belajar tapi takde peluang. Zaman sekarang dah tak boleh nak ikut kehendak sangat. Peluang mana yang terbuka, sambar je. Dah sambar tu jangan la sia-siakan pulak. Insya Allah kalau ada rejekikk, ada lah kerja kau nanti. Believe Allah is the best planner.

Untuk kau, jaga diri, jaga iman, jaga hati. Aku percaya Allah. Jaga hubungan dengan Dia, insyaAllah hubungan kita sesama manusia Allah akan pelihara. Jumpa lagi. Thanks for being with me in this two years. Thank you for walking into my life and hit the reset button, makes everything new again and restoring my faith in love. Aku sayang kau. 

19 August 2014

When Should I Start?

Sleeping habits yang teruk sejak menjadi penganggur terhormat lepas habis matrik. Lagi seminggu nak jadi student balik and I don't think I can change my sleeping habits in a week. Kalau dah matahari tengah segan-segan nak naik aku baru nak tido, toksah haraplah aku bangun seawal gadis-gadis Melayu diluar sana. Heh.

I'm tired of doing nothing :( 

Dream

Since aku adalah bekas pelajar Matrikulasi KPM, aku belum pernah merasa manage duit sendiri dalam amount yang banyak. Semua student matrikulasi akan dapat elaun sara hidup kononnya, sebanyak RM250 setiap bulan. Bagi aku yang jalan sikit lapar, jalan banyak makin lapar ni, RM250 memang tak cukup. Terpaksa la apply scholarship PaMa, yakni Papa dan Mama every month. Ye, tak cukup. Tak dapat nak berjimba sangat dekat matrik tu. Tak, aku tipu. Duit takde pun aku berjimba hujung minggu. Sanggup ikat perut pakai tali kasut. Kah! Hiperbola sangat.

Several days left before officially jadi student balik. Umur dah 20 baru nak merasa jadi budak U. Mula terbayang kawan baru, roomates, stay up, cafe(hahaha) dan backpacking. Ye, aku rasa travel ala-ala backpackers adalah impian setiap student. Almost semua. Aku dah start congak-congak dalam kepala destinasi mana nak pergi dulu. Australia? Korea? London? Atau Sabah? Ececehh. 

Aku bukan lah manusia berjiwa kental. Bunga penuh setaman jugak hati ni. Nak ber-backpacking perlu ada member sekepala. Hati kering dan jiwa sekental doh roti canai. Masa belajar ni la masa yang paling sesuai nak travel. Nanti dah ada rejekik kerja susah pulekss nak apply cuti, yedak? Hahaa. InsyaAllah, one fine day. Tunggu jelah :) 

18 August 2014

Ijazah Pertama

Bismillah,

Its been 4 months after matriculaion has ended. And im gonna be uitm student to-be.

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik, UiTM Kampus Machang.

My first choice dalam list UPU. Agak terkilan sebab aku tersangat mengimpikan untuk ke UKM. Tapi apakan daya Allah lebih tahu apa yang terbaik. UiTM yuran murah. Hahaha. Bila dah check UPU benda first aku nampak adalah perkataan STATISTIK. Pehh masa tu Allah je tahu betapa gembiranya rasa. Dapat UiTM tapi belum tahu kampus mana. Masa tu dah cuak. Janganlah dapat dekat. Selagi boleh jauh, aku harap dapat yang jauh. Baru fefeeling perantau, yedak?

Kawan-kawan aku cakap kos Statistik biasanya akan dihantar kat Machang. Pehh aku lagi la cuak. Sekali betul aku kena kat Kampus Machang. Menangis tiga hari dua malam. Aku dengan Kelantan memang tak berapa sangat la. Sejak kecik aku memang dah ade bad impression dengan Kelantan ni. Hehe orang Kelantan jangan marah. Ade je bestfriend aku 2,3 orang Kelantan. Hikss. Aku dah berkira-kira untuk tolak , tawaran tu. Tapi lepas dipujuk, di-brain wash dan di leter oleh Puan Emak, akhirnya aku pasrah. Kelantan pun Kelantan lah. Kalau dapat kat Shah Alam mau aku asyik berjimba je. **cuba positivekan diri**

Kos Statistik memang aku idam-idamkan since aku well perform subjek Math and Computer Science in matrik. Tapi kalau nak tahu, sejak sekolah rendah subjek Maths laa musuh nyata yang paling ketat. Aku tak pernah dapat even B. Paling tinggi pun C. Ye, sila percaya. Aku masuk matrik Program Dua Tahun (PDT) sebab AddMaths aku D. Tapi entah kuasa mana yang jadikan aku tetiba pandai. Hikss. Pandai ke? Hahaha. Iye, Maths kat matrik macam AddMaths kau sekolah menengah. Sama sebijik sejiban. Tapi alhamdulillah masuk matrik dari Semester 1 sampai Semester 4 Maths aku A jeeee manjang. Tak pernah jatuh A-. Sebab tu kot aku yakin nak ambik kos Statistik ni. Kot laa.

Wish me luck.

**Untuk sahabat-sahabat yang tercampak jauh, UMS, UNIMAS goodluck from the bottom of my heart. Moga berjodoh lagi. In Shaa Allah :)

Nafas Baru.

Im deleting several posts yang aku rasa " Dehel aku tulis ni?". Post masa form 4. Masa tak matang. Masa euwwww. Ejaan pun tunggang terbalik. Boleh putus la urat kentut kalau baca balik.

I don't know why but I feel like im gonna start writing again. Ni je medium yang aku rasa agak selamat untuk meluahkan rasa. Till then.