18 August 2014

Ijazah Pertama

Bismillah,

Its been 4 months after matriculaion has ended. And im gonna be uitm student to-be.

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik, UiTM Kampus Machang.

My first choice dalam list UPU. Agak terkilan sebab aku tersangat mengimpikan untuk ke UKM. Tapi apakan daya Allah lebih tahu apa yang terbaik. UiTM yuran murah. Hahaha. Bila dah check UPU benda first aku nampak adalah perkataan STATISTIK. Pehh masa tu Allah je tahu betapa gembiranya rasa. Dapat UiTM tapi belum tahu kampus mana. Masa tu dah cuak. Janganlah dapat dekat. Selagi boleh jauh, aku harap dapat yang jauh. Baru fefeeling perantau, yedak?

Kawan-kawan aku cakap kos Statistik biasanya akan dihantar kat Machang. Pehh aku lagi la cuak. Sekali betul aku kena kat Kampus Machang. Menangis tiga hari dua malam. Aku dengan Kelantan memang tak berapa sangat la. Sejak kecik aku memang dah ade bad impression dengan Kelantan ni. Hehe orang Kelantan jangan marah. Ade je bestfriend aku 2,3 orang Kelantan. Hikss. Aku dah berkira-kira untuk tolak , tawaran tu. Tapi lepas dipujuk, di-brain wash dan di leter oleh Puan Emak, akhirnya aku pasrah. Kelantan pun Kelantan lah. Kalau dapat kat Shah Alam mau aku asyik berjimba je. **cuba positivekan diri**

Kos Statistik memang aku idam-idamkan since aku well perform subjek Math and Computer Science in matrik. Tapi kalau nak tahu, sejak sekolah rendah subjek Maths laa musuh nyata yang paling ketat. Aku tak pernah dapat even B. Paling tinggi pun C. Ye, sila percaya. Aku masuk matrik Program Dua Tahun (PDT) sebab AddMaths aku D. Tapi entah kuasa mana yang jadikan aku tetiba pandai. Hikss. Pandai ke? Hahaha. Iye, Maths kat matrik macam AddMaths kau sekolah menengah. Sama sebijik sejiban. Tapi alhamdulillah masuk matrik dari Semester 1 sampai Semester 4 Maths aku A jeeee manjang. Tak pernah jatuh A-. Sebab tu kot aku yakin nak ambik kos Statistik ni. Kot laa.

Wish me luck.

**Untuk sahabat-sahabat yang tercampak jauh, UMS, UNIMAS goodluck from the bottom of my heart. Moga berjodoh lagi. In Shaa Allah :)

No comments: